Gadung

Gadung
Pengelasan saintifik
Domain: Eukaryota
Alam: Plantae
Klad: Trakeofit
Klad: Monokot
Order: Dioscoreales
Keluarga: Dioscoreaceae
Genus: Dioscorea
Spesies:
D. hispida
Nama binomial
Dioscorea hispida
Dennst.
Sinonim
  • Dioscorea daemona Roxb.
  • Dioscorea hirsuta Blume
  • Dioscorea lunata B.Heyne ex Roth
  • Dioscorea mollissima Blume
  • Dioscorea virosa Wall. ex Klotzsch & Garcke
  • Helmia daemona (Roxb.) Kunth
  • Helmia hirsuta (Blume) Kunth

Gadung atau ubi gadung, gadung mabuk, gadung lilin, ubi arak, ubi akas, dan taring pelanduk, dengan nama saintifik Dioscorea hispida ialah spesies ubi dalam genus Dioscorea yang tempatan dari tropika dan subtropika Asia ke utara Australia. Ubi ini boleh dimakan selepas diproseskan dengan betul. Ubi gadung yang telah diproses enak dimakan bersama kelapa parut ataupun ikan jeruk.