Günther Prien

Günther Prien
Kapitänleutnant Prien di atas sebuah kapal perang, 1940
Nama samaranDer Stier von Scapa Flow
Kelahiran(1908-01-16)16 Januari 1908
Osterfeld, Provinsi Saxony, Prusia, Empayar Jerman
Meninggal dunia8 Mac 1941(1941-03-08) (umur 33)
U-47, Wilayah Laut Barat, luar pantai Ireland
Kesetiaan Jerman Nazi
Perkhidmatan Kriegsmarine
Tahun perkhidmatan1933–1941
Pangkat Korvettenkapitän
Jumlah perkhidmatanNSDAP #1,128,487
UnitFlotila U-boot Ke-7
ArahanU-47
Pertempuran
AnugerahKnight Cross of the Iron Cross with Oak Leaves

Günther Prien (16 Januari 1908 – mungkin 8 Mac 1941) adalah seorang komander U-boat Jerman semasa Perang Dunia II. Beliau merupakan komander U-boat pertama yang menerima pingat Knight Cross of the Iron Cross dan anggota pertama Kriegsmarine yang menerima darjah Daun Oak untuk pingat Knight Cross Jerman Nazi. Ia merupakan pingat ketenteraan tertinggi Jerman pada saat beliau menerimanya.

Dibawah pemerintahan Prien, kapal selam U-47 telah mendapat kepujian dengan menenggelamkan lebih 30 buah kapal Sekutu yang berjumlah 200,000 GRT, termasuk penenggelaman kapal tempur HMS Royal Oak British semasa berlabuh di pangkalan laut Armada Utama, Scapa Flow.