Fußball-Bundesliga

Fußball-Bundesliga
NegaraJerman
KonfederasiUEFA
Ditubuhkan1963
Bilangan pasukan18
Disingkirkan ke2. Bundesliga
ArasTahap 1
Piala domestikDFB-Pokal
Piala antarabangsaLiga Juara-Juara
Liga Europa UEFA
Liga Persidangan Europa UEFA
Juara semasaBayer Leverkusen (Pertama Kejuaraan)
Kejuaraan terbanyakFC Bayern Munich (32 kejuaraan)
Tapak sesawanghttp://www.bundesliga.de
Musim 2023–24

Fußball-Bundesliga ("Liga Bola Sepak Persekutuan [Jerman]") atau ringkasnya Bundesliga ("Liga Persekutuan") merupakan tahap tertinggi dalam liga bola sepak Jerman. Istilah Bundesliga juga digunakan dalam bola sepak di Austria dan adalah sudah biasa merujuk kepada pertandingan liga peringkat tertinggi dalam beberapa sukan lain dalam kedua-dua buah negara. Bundesliga terdiri daripada 18 pasukan dan beroperasi pada sistem kenaikan pangkat dan penyingkiran dengan 2. Bundesliga. Musim berlangsung dari Ogos hingga Mei. Permainan dimainkan pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad. Semua kelab Bundesliga mengambil bahagian dalam pertandingan piala DFB-Pokal. Pemenang Bundesliga layak ke DFL-Supercup.

Bundesliga merupakan salah satu liga nasional papan atas, saat ini menduduki peringkat ke-3 di Eropa sesuai dengan peringkat Koefisien Liga UEFA, berdasarkan data terbaru Bundesliga saat ini adalah liga bola sepak nombor satu di dunia dari segi pengiraan kehadiran penonton sebanyak rata-rata 45m134 peminat sepertandingan yang mana musim 2011-12 adalah yang tertinggi kedua dari setiap liga olahraga di dunia.

Sebanyak lima puluh enam kelab telah bersaing dalam Bundesliga sejak penubuhannya. Bayern Munich telah memenangi 32 daripada 60 gelaran, serta sebelas musim terakhir, yang merupakan rekod Eropah. Namun Bundesliga juga telah melahirkan juara lainnya dengan Borussia Dortmund, Hamburger SV, Werder Bremen, Borussia Mönchengladbach dan VfB Stuttgart yang paling menonjol di antara beberapa persatuan yang lain.