Fritz Todt
Fritz Todt | |
|---|---|
Menteri Reich Fritz Todt dalam uniform SA, 1940 | |
| Menteri Reich bagi Senjata dan Amunisi | |
| Dalam jawatan 17 Mac 1940 – 8 Februari 1942 | |
| Presiden | Adolf Hitler (Führer) |
| Canselor | Adolf Hitler |
| Didahului oleh | Jawatan diwujudkan |
| Digantikan oleh | Albert Speer |
| Maklumat peribadi | |
| Lahir | 4 September 1891 Pforzheim, Grand Duchy of Baden, Empayar Jerman |
| Meninggal dunia | 8 Februari 1942 (umur 50) dekat Rastenburg, Prusia Timur Jerman Nazi |
| Kewarganegaraan | Jerman |
| Parti politik | Parti Nazi (1922–1942) |
| Tempat belajar | Universiti Teknikal Munich |
| Bidang pengkhususan | Jurutera awam |
| Kabinet | Kabinet Hitler |
Fritz Todt (4 September 1891 – 8 Februari 1942) adalah seorang jurutera pembinaan Jerman, tokoh kanan Nazi, yang naik dari "Inspektor Jeneral bagi Jalan Raya Jerman" dimana beliau menyelia pembinaan Autobahn Jerman (Reichsautobahnen) ke jawatan Menteri Reich bagi Senjata dan Amunisi dimana beliau memimpin seluruh ekonomi perang tentera Jerman. Pada permulaan Perang Dunia II beliau mengasaskan Organisasi Todt iaitu sebuah syarikat kejuruteraan tentera yang membekalkan industri dengan buruh paksa dan mentadbir semua pembinaan kem tahanan di fasa akhir Reich Ketiga. Beliau terkorban dalam nahas kapal terbang pada tahun 1942.