Fizikalisme
Dalam falsafah (metafizik) fizikalisme adalah pendapat yang menyatakan bahawa semua yang ada terdiri daripada yang fizikal sahaja; malah, tidak ada benda lain selain benda fizikal, atau dalam kata lain "semuanya fizikal", tiada yang "melebihi dan terasing" dari yang fizikal. Ia bertentangan dengan idealisme, yang menurutnya dunia timbul dari akal atau minda. Fizikalisme ialah salah satu bentuk monisme ontologikal—pandangan "satu zat" tentang sifat realiti, tidak seperti pandangan "dwi-zat" (kedwianan minda–tubuh) atau "bagai-zat" (pluralisme). Kedua-dua takrif "fizikal" dan makna fizik telah diperhujahkan.
Istilah ini digunakan pertama kali oleh Otto Neurath dalam karangannya pada abad ke-20. Pada falsafah kontemporari, fizikalisme sering kali dihubungkan dengan falsafah minda.
Ontologi fizikalisme termasuk apa yang dihuraikan oleh bidang fizik - bukan hanya jirim, tetapi juga tenaga, ruang, waktu, daya, struktur, proses fizik, maklumat, dll.