Final Fantasy XII
| Final Fantasy XII | |
|---|---|
| Pembangun | Square Enix |
| Penerbit | Square Enix Ubisoft Entertainment (EU) |
| Pengarah | Hiroyuki Ito |
| Pereka bentuk | Yasumi Matsuno (konsep asal) Akitoshi Kawazu (penerbit eksekutif) Hiroshi Minagawa (pengarah) Hiroyuki Itō (pengarah rekabentuk) Daisuke Watanabe (penulis senario) Hitoshi Sakimoto (komposer muzik) Yoshitaka Amano (illustrasi, pereka logo) Akihiko Yoshida (perekabentuk watak) |
| Penggubah | Hitoshi Sakimoto (en) , Masaharu Iwata (en) dan Hayato Matsuo (en) |
| Siri | Siri Final Fantasy |
| Pelantar | PlayStation 2 |
| Dilancarkan pada | JPN Mac 16, 2006 NA Oktober 31, 2006 AUS Februari 22, 2007 EUR Februari 23, 2007 INT 9 Ogos, 2007 |
| Genre | Permainan RPG Konsol |
| Mod | Pemain tunggal |
| Pautan luar | |
| Tapak sesawang | square-enix-games.com… |
| Pautan lain | |
| sunting · sunting di Wikidata | |
Final Fantasy XII (ファイナルファンタジーXII, Fainaru Fantajī Towerubu) ialah sebuah permainan video konsol untuk PlayStation 2 yang direka dan diterbitkan oleh syarikat permainan video Square Enix dan merupakan siri yang ke-12 dalam siri permainan Final Fantasy. Ia telah diterbitkan pada tahun 2006 dan merupakan tajuk permainan perseorangan pertama siri ini dalam masa 5 tahun. Dijual sebanyak 2 juta salinan di Jepun, ia merupakan permainan video PlayStation 2 ke-empat paling laris dalam tahun 2006.
Penceritaan permainan ini berlaku di sebuah dunia fiksyen bernama Ivalice, dimana dua empayar, Rozarria dan Archadia terlibat dalam kancah peperangan yang tidak berkesudahan. Dalmasca, sebuah negara kecil, telah tersepit di dalam konflik tersebut. Apabila Archadia menceroboh dan menakluk Dalmasca, puterinya, Ashe, menubuhkan sebuah pergerakan penentang. Dalam perjuangannya dia telah bertemu dengan Vaan, seorang pemuda yang mempunyai sebuah impian untuk mempunyai pesawat terbangnya sendiri. Mereka juga disertai oleh sekutu-sekutu yang sama-sama berjuang menegakkan keadlian menentang kezaliman Empayar Archadia.