Sikit Punya Gila
| Sikit Punya Gila | |
|---|---|
Poster DVD Sikit Punya Gila | |
| Pengarah | Raja Ismail |
| Penulis | Raja Ismail |
| Dihasilkan oleh | Zain & Zaharan |
| Dibintangi | |
| Sinematografi | Chan Yiu To |
| Disunting oleh | Salehan Shamsuddin |
| Muzik oleh | Kassim Masdor |
| Diedarkan oleh | Indra Filem Productions Distributions Sdn. Bhd. |
Tarikh tayangan |
|
Masa tayangan | 97 Minit |
| Negara | Malaysia |
| Bahasa | Melayu |
| Pecah panggung | RM 469,892.80 |
Sikit Punya Gila merupakan sebuah filem cereka komedi dan drama Melayu yang diterbitkan oleh Indra Filem Productions Distributions Sdn. Bhd. pada tahun 1982 . Filem ini diklasifikasikan sebagai tayangan umum.
Filem ini telah diarahkan oleh Raja Ismail dan diterbitkan oleh dua orang pemilik syarikat penerbitan tersebut iaitu Zain & Zaharan.
Filem ini seakan-akan kesinambungan kepada filem Setinggan kerana menampilkan tiga orang yang pernah terlibat dalam filem tersebut, iaitu Yusni Jaafar, Ibrahim Pendek dan Tok Bomoh, tetapi kedua-dua jalan ceritanya jauh berbeza dan filem ini tidak menampilkan sebarang elemen seram yang ada dalam filem tersebut.