Ibrahim Pendek

Ibrahim Pendek
Ibrahim pada tahun 1960an
Kelahiran
Ibrahim bin Hassan

1932 (1932)
Meninggal dunia25 November 2003 (berumur 70–71)
Sebab kematianPenyakit buah pinggang, paru-paru berair dan sesak nafas
DikebumikanTanah Perkuburan Islam Taman Midah, Cheras, Kuala Lumpur, Malaysia
PekerjaanPelakon, pelawak
Tahun aktif1954–2003
Pasangan
  • Che Hasnah Mohd Amin (cerai)
  • Asiah Osman (cerai)
Anak-anak7

Ibrahim Hassan atau lebih dikenali sebagai Ibrahim Pendek (1932 – 25 November 2003) ialah seniman filem Melayu terkenal bukan sahaja terhadap lakonan tetapi juga istimewa kerana beliau dikurniakan dengan tubuh badan yang kerdil iaitu berketinggian 130cm. Antara filem-filem terkenal lakonan beliau ialah Ali Baba Bujang Lapok, Nasib Si Labu Labi dan Keluarga Si Comat.