Leila Majnun (filem)

Leila Majnun
PengarahB.S. Rajhans
Dihasilkan olehK.R.S. Chisty
DibintangiM. Suki
SinematografiHitam-putih
Diedarkan olehMotilal Chemical (Bombay)
Tarikh tayangan
27 Mac 1934
NegaraMalaya (Malaysia & Singapura)
BahasaMelayu

Filem Leila Majnun (1934) ialah filem Melayu pertama yang ditayangkan di Tanah Melayu. Filem ini dihasilkan oleh B.S. Rajhans, seorang pengarah dari India pada tahun 1934. Ia diterbitkan oleh syarikat Motilal Chemical, yang berasal dari Bombay tetapi beroperasi di Singapura. Watak utama Majnun dibawa oleh seorang pelakon bangsawan, M. Suki.

Filem Laila Majnun ini kemudiannya diterbitkan semula pada tahun 1962 dengan menampilkan pelakon Nordin Ahmad, Latifah Omar dan beberapa pelakon lain.