B. S. Rajhans

B. S. Rajhans
Kelahiran
Balden Singh Rajhans

1903
Meninggal dunia31 Mei 1955 (umur 52)
WarganegaraIndia
PekerjaanPengarah filem
MajikanEast India Film Company
Malay Film Productions Ltd (MFP)
Cathay-Keris Film Productions
Karya terkenal
Laila Majnun
Rachun Dunia
Anjuran Nasib
Antara Senyum dan Tangis
Yatim Piatu
Kampung asalCalcutta kini Kalkota

B.S. Rajhans atau nama penuhnya Balden Singh Rajhans (1903 – 31 Mei 1955) merupakan seorang pengarah filem Melayu yang menerbitkan filem dengan syarikat Malay Film Productions Ltd (MFP). Dia merupakan berketurunan Punjabi dan dilahirkan di Calcutta (Kalkota), India pada 1903. Pada tahun 1927, dia telah mengarahkan filem "Krishnabana Tirandaz". Kemudian dia bekerja dengan Syarikat East India Film yang dimiliki seorang jutawan di sana.