Balik kampung
Balik kampung ialah istilah Melayu yang digunakan di Malaysia, Singapura dan Brunei untuk pergerakan besar-besaran semasa musim perayaan besar seperti Hari Raya Aidilfitri, Deepavali dan Tahun Baru Cina. Pada masa ini, perantau atau pekerja luar pulang ke kampung masing-masing.