Fetty Dzul
Fetty Dzul | |
|---|---|
| Kelahiran | Fatimah binti Abdul Rahim 15 Februari 1958 Persekutuan Tanah Melayu (kini Malaysia) |
| Meninggal dunia | 18 November 2021 (umur 63) |
| Sebab kematian | COVID-19 |
| Pekerjaan | Pelakon |
| Tahun aktif | 1977–2021 |
| Anak-anak | 2 |
Fatimah Abdul Rahim atau lebih dikenali sebagai Fetty Dzul (15 Februari 1958 – 18 November 2021) merupakan seorang pelakon wanita Malaysia. Sepanjang kerjaya lakonannya selama 4 dekad, beliau dikenali kerana sering tampil dengan watak jahat dalam drama dan filem. Beliau juga sering menghiasi akhbar dan majalah pada era 1970-an dan 1980-an.