Feels Like Home (album Norah Jones)

Feels Like Home
Album studio oleh
Norah Jones bersama The Handsome Band dan tetamu istimewa
Dilancarkan pada10 Februari 2004
Dirakamkan pada2004 di Avatar Studios (New York), Sorcerer Sound (New York), Sear Sound Studio (New York) dan Allaire Studios (Shokan, New York)
TempatAmerika Syarikat
GenreJaz, pop, folk, country
Panjang46:26
BahasaBahasa Inggeris
SyarikatBlue Note
PenerbitNorah Jones, Arif Mardin
Kronologi Norah Jones bersama The Handsome Band dan tetamu istimewa
Come Away with Me
(2002)
Feels Like Home
(2004)
Not Too Late
(2007)
Single daripada Feels Like Home
  1. "Sunrise"
    Dikeluarkan: Februari 2004
  2. "What Am I to You?"
    Dikeluarkan: Jun 2004
  3. "Those Sweet Words"
    Dikeluarkan: Februari 2004
sunting · sunting di Wikidata

Feels Like Home merupakan album kedua oleh Norah Jones yang dikeluarkan pada tahun 2004. Album ini terjual sebanyak sejuta salinan dalam minggu pertama pengedarannya di A.S. dan merupakan album pertama mampu mencecah angka sedemikian sejak album The Eminem Show (2002) oleh Eminem. Selain itu, album ini adalah album kedua terlaris pada tahun 2004 kerana penjualan mencecah 4 juta salinan di A.S. Beliau memegang rekod dalam kategori penjualan album kelima terlaris sepanjang tempoh minggu pertama bagi penyanyi wanita, di belakang Britney Spears (Oops...! I Did It Again), Taylor Swift (Red), Lady Gaga (Born This Way) dan Speak Now. Album ini tersenarai sebagai album terbaik sepanjang tahun di Belanda dan album ke-24 terbaik pada dekad 2000-an. Pada peringkat dunia, album ini telah diedarkan sebanyak 12 juta salinan. Beliau telah memenangi Anugerah Grammy untuk Persembahan Vokal Pop Wanita (Sunrise), serta tercalon untuk Album Vokal Pop Terbaik (Feels Like Home), dan Kolaborasi Terbaik Vokal Country (Creepin' In bersama Dolly Parton). Untuk memperkukuh pengedarannya, pihak syarikat rakaman telah membuat iklan komersial di televisyen untuk siaran AS dan seluruh dunia. Dalam iklan tersebut, beliau telah mengalih suara tiga single yang termuat dalam album tersebut. Album ini telah dikeluarkan di bawah sistem perlindungan Copy Control untuk sesetengah kawasan.