Farsa

Farsa (pinjaman Perancis: farce) adalah seni pesembahan pentas bertemakan lawak yang bersifat satira atau menyindir. Pementasan sebegini bersifat ringan dengan komposisi dramatis, dan mempertontonkan situasi yang diniliai cukup mustahil. Watak-watak yang dimainkan dalam persembahan biasanya mempunyai stereotaip.

Secara umum pertunjukkan ini menampilkan humor dalam aspek luas. Dari segi intelektual dan estetika, ia dilihat lebih rendah kedudukannya dibandingkan dengan seni komedi kerana karakterisasinya yang kasar dan skenario jalan cerita yang tidak mungkin terjadi. Meskipun demikian, farsa tetap terkenal di dunia Barat dari zaman dahulu hingga sekarang.