Farahdhiya

Farahdhiya
Kelahiran
Nur Farahdhiya binti Mohd Amin

(1984-04-28) 28 April 1984
PekerjaanPenyanyi, pelakon, pengacara
Tahun aktif2000–kini
Kerjaya muzik
GenrePop, R&B, Balada
Syarikat rakamanKRU Records
NAR Records

Nur Farahdhiya Mohd Amin (lahir 28 April 1984) ialah seorang penyanyi, pelakon dan pengacara wanita Malaysia. Beliau mula meraih kejayaan komersial pada 2004 menerusi single sulungnya, "Bertakhta Di Hati" yang dimuatkan dalam album studio pertamanya yang bertajuk sama. Pada tahun 2015, beliau menjadi salah seorang peserta Gegar Vaganza musim kedua di Astro Ria di mana beliau dinobatkan sebagai naib juara. Bagi kerjayanya sebagai pelakon, antara kredit lakonannya termasuk Spa Q, Derhaka Seorang Madu dan Rumah Siti Khadijah.