Fantastic Beasts and Where to Find Them

Haiwan Ajaib dan Tempat Ditemui
Umum
PengarangJoanne Kathleen Rowling
(J. K. Rowling)
Tajuk asal
Fantastic Beasts and Where To Find Them
NegaraUnited Kingdom
BahasaInggeris
GenreFantasi
Penerbitan
Diterbitkan pada
2001
PenerbitBloomsbury Publishing PLC, Scholastic Press, Raincoast Books
Pelangi Novel Sdn. Bhd.Malaysia
Halaman64

Haiwan Ajaib dan Tempat Ditemui (bahasa Inggeris: Fantastic Beasts and Where To Find Them, UK/fænˈtæstɪk biːsts ənd wɛə faɪnd ðəm/) ialah sebuah buku terbitan tahun 2001 yang telah ditulis oleh J. K. Rowling yang mana 80% keuntungannya disalurkan kepada kegunaan amal tajaan Charity Relief. Mengikut Charity Relief, hasil penjualan buku ini dan buku Quidditch Through the Ages telah berjaya mengaut keuntungan sebanyak 15.7 juta Paun Sterling. Mengikut satu temu ramah pada tahun 2001 bersama penerbit buku ini iaitu Scholastic, beliau sengaja memilih topik haiwan ajaib sebagai fokus buku ini kerana dalam siri Harry Potter nukilan beliau, beliau banyak memberikan maklumat tentang jenis-jenis haiwan ajaib yang hidup dalam dunia sihir rekaan beliau. Walau bagaiamanapun, beliau tidak menggunakan nama sebenar beliau, sebaliknya menggunakan nama pedengan (nama pena), Newt Scamander.