Fantasia Barrino
Fantasia Barrino | |
|---|---|
Barrino pada Februari 2009. | |
| Kelahiran | Fantasia Monique Barrino 30 Jun 1984 High Point, North Carolina, Amerika Syarikat |
| Pekerjaan |
|
| Tahun aktif | 2004–kini |
| Pasangan | Kendall Taylor (k. 2015) |
| Anak-anak | 2 |
| Kerjaya muzik | |
| Genre | |
| Alat muzik | Vokal |
| Diskografi | Lihat: Fantasia Barrino discography (en) |
| Syarikat rakaman |
|
| Kegiatan berkaitan |
|
Fantasia Monique Barrino (lahir 30 Jun 1984), juga dikenali dengan mononim Fantasia, ialah seorang penyanyi, penulis lagu, pelakon dan pengarang Amerika Syarikat. Beliau meraih kemasyhuran apabila dinobatkan sebagai pemenang musim ketiga siri TV realiti, American Idol pada 2004. Beliau melancarkan single sulungnya, "I Believe", yang menduduki tempat pertama di Billboard Hot 100. Beliau seterusnya melancarkan album sulungnya, Free Yourself, yang menerima pensijilan Platinum oleh RIAA dan melayakkan Barrino menerima pencalonan Grammy pada 2006. Pada tahun 2012, VH1 menyenaraikan beliau dalam senarai 100 Greatest Women in Music. Barrino telah menerima jolokan "Baby Patti LaBelle" oleh idolanya, Patti LaBelle.