Falling in Love (lagu Siti Nurhaliza)
| "Falling in Love" | |||||||||||
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| Single oleh Siti Nurhaliza | |||||||||||
| daripada album All Your Love | |||||||||||
| Dilancarkan | 9 Julai 2011 | ||||||||||
| Dirakamkan | Januari 2011 | ||||||||||
| Tempat | Malaysia | ||||||||||
| Format | Muat turun digital | ||||||||||
| Genre | Pop | ||||||||||
| Panjang | 3:00 | ||||||||||
| Syarikat | What's Up Entertainment | ||||||||||
| Penulis | Bryan Bouro Christian Alexanda | ||||||||||
| Penerbit | Bryan Bouro | ||||||||||
| Kronologi single Siti Nurhaliza | |||||||||||
| |||||||||||
| sunting · sunting di Wikidata | |||||||||||
"Falling in Love" (bahasa Melayu: "Jatuh Cinta") ialah single pertama Datuk Siti Nurhaliza dari album bahasa Inggerisnya yang pertama iaitu All Your Love. Lagu ciptaan Bryan Bouro dan lirik ditulis oleh Christian Alexanda ini telah dilancarkan dan dipromosikan pada 9 Julai 2011, di mana beliau menyanyikan lagu ini untuk salah satu konsert promosinya untuk rangkaian kosmetik dan produk kecantikannya, SimplySiti di Universiti Teknologi MARA (UiTM). Ia juga dipersembahkan secara langsung sekali lagi seminggu kemudian di Anugerah Industri Muzik Anugerah Industri Muzik ke-19.