FN Minimi
| FN Minimi | |
|---|---|
Mesingan FN Minimi | |
| Jenis | Mesingan ringan |
| Tempat asal | Belgium |
| Sejarah perkhidmatan | |
| Digunakan oleh | Australia, Amerika Syarikat, Belgium, Kanada, Itali, Indonesia, Malaysia, New Zealand, Thailand, Sweden |
| Sejarah pengeluaran | |
| Pereka | Ernest Vervier |
| Direka | 1974 |
| Pengeluar | FN Herstal |
| Aneka | See variants |
| Spesifikasi | |
| Berat | 6.85 kg (model Standard) 6.56 kg (model Para) 5.32 kg (model kenderaan) |
| Panjang | 1040 mm (model Standard) 914 mm dengan udi berlipat / 766 mm dengan udi tetap (Para model) 793 mm tanpa udi (model kenderaan) |
| Panjang laras | 465 mm 349 mm (Para model) |
| Kartrij | 5.56 x 45 mm NATO |
| Aksi | Sistem gas, bolt berputar |
| Kadar tembakan | 700-1000 butir/min |
| Halaju muncung | 925 m/s 866 m/s (model Para) |
| Jarak tembakan efektif | 300-1000 m pejera mudah alih |
| Sistem suapan | 200-butir M27 rangkaian peluru, 20/30/40-butir kelopak STANAG |
| Penglihatan | Rear aperture, front post |
FN Minimi adalah selaras mesingan ringan buatan firma persenjataan Fabrique Nationale de HERSTAL dari Belgium yang paling prolifik pada ketika ini dan digunakan dengan meluas secara global. Sistem yang diperkenalkan oleh Ernest Vervier pada tahun 1974, kini telah digunakan secara meluas oleh angkatan-angkatan bersenjata seluruh dunia, seperti: Australia, Belgium, Kanada, Itali, Indonesia, Malaysia, New Zealand, Thailand, Sweden dan Amerika Syarikat (sebagai M249 SAW). Senjata ini juga turut direka dengan secara berlesen oleh FN di Australia, Kanada dan Amerika (oleh FN Manufacturing LLC). Minimi mempunyai tiga versi, terdiri daripada model Standard (bagi kegunaan platun atau skuad senjata bantuan), model Para (untuk digunakan oleh krew kereta perisai, juruterbang helikopter dan unit payung terjun) dan model Vehicle (bagi kegunaan kenderaan tempur).