Persatuan Bola Sepak Malaysia

Persatuan Bola Sepak Malaysia
نقابة كرة القدم بنغلاديش
Football Association of Malaysia
Kerangka
KependekanFAM
Jenis/bentuk sahPersekutuan bola sepak 
Status undang-undangBeroperasi
TujuanMenyelia aktiviti sukan berkaitan bola sepak, futsal dan bola sepak pantai
BidangSukan
Anggota bagiKonfederasi Bola Sepak Asia, FIFA, Persekutuan Bola Sepak ASEAN 
Tapak webwww.fam.org.my 
Sejarah
PendahuluFootball Association of Malaya (Persatuan Bolasepak Malaya)
Ditubuhkan1933 (1933)
Pengurusan
Setiausaha agungDatuk Noor Azman bin Hj Rahman
PresidenKosong
Tokoh penting
Organisasi indukFIFA
Lokasi
Ibu pejabatWisma FAM
Lokasi
Koordinat3°05′42″N 101°36′20″E / 3.095020°N 101.605478°E / 3.095020; 101.605478
sunting · sunting di Wikidata

Persatuan Bola Sepak Malaysia (bahasa Inggeris: Football Association of Malaysia) (singkatan: FAM) ialah sebuah badan organisasi yang mengurus dan mentadbir aktiviti berkaitan sukan bola sepak, futsal dan bola sepak pantai di dalam Malaysia. FAM telah ditubuhkan secara rasmi pada tahun 1933 sebagai Persatuan Bola Sepak Malaya, selepas penjenamaan semula Malayan Football Association (MFA), dengan Sir Andrew Caldecott dipilih sebagai Presiden FAM pertama. Ibu pejabat FAM dikenali sebagai Wisma FAM, terletak di Kelana Jaya, Selangor.

FAM juga bertanggungjawab dalam menyediakan dan menguruskan pasukan kebangsaan Malaysia. Bagi sukan bola sepak, terdapat dua pasukan kebangsaan yang dikendalikan FAM, yang digelar sebagai Harimau Malaya untuk pasukan lelaki dan Malayan Tigress untuk pasukan wanita. Selain bola sepak, FAM juga mengendalikan pasukan kebangsaan Malaysia dalam sukan bola sepak pantai dan futsal dalam acara domestik atau kejohanan antarabangsa.

Setakat tahun 2022, FAM memiliki ahli gabungan seramai 14 persatuan bola sepak di peringkat negeri dan enam persatuan bola sepak selain negeri.