Everline

EverLine
ايۏرلاين
Yongin Everline Innovia ART
Umum
Nama lainKereta Api Ringan Yongin
Nama asal용인 경전철
龍仁 輕電鐵
Yongin gyeongjeoncheol
JenisKereta api ringan (transit rakyat)
StatusBeroperasi
LokasiYongin, Wilayah Gyeonggi
TerminalGiheung
Jeondae–Everland
Stesen15
Penumpang harian25,872 (2016)
Laman sesawangwww.ever-line.co.kr
Operasi
Dibuka26 April 2013
PemilikBandaraya Yongin
PengendaliPerbadanan Alihan Laju Yongin
DepotSamga
Teknikal
Panjang aliran18.143 km (11.274 bt)
Tolok landasan1,435 mm (4 kaki 8½ in)
Pengelektrikan750 V DC rel ketiga
Kelajuan operasi80 km/j (50 mph)
PengisyaratanCBTC (CITYFLO 650)
Error in template * unknown parameter name (Templat:Kotak info laluan kereta api): "Purata jarak" (Lihat senarai parameter).
Ralat ini adalah tidak berbahaya. Mesej itu ditunjukkan hanya dalam Paparkan pralihat, ia tidak akan menunjukkan selepas Terbit perubahan.
Kereta Api Ringan Yongin
Hangul
용인 경전철
Hanja
龍仁 輕電鐵
Perumian SemakanYongin gyeongjeoncheol
McCune–ReischauerYongin gy'ŏngj'ŏnch'ŏl

EverLine atau juga dikenali sebagai Kereta Api Ringan Yongin ialah laluan kereta api ringan (atau transit rakyat) sepanjang 18.1 kilometer (11.2 bt) di bandaraya Yongin, wilayah Gyeonggi, menghubungkan taman tema terkemuka di Korea Selatan, Everland ke laluan Bundang melalui stesen Giheung. Sistem kereta api ini menggunakan kenderaan satu gerabak Bombardier Advanced Rapid Transit yang dikawal dengan teknologi kawalan kereta api automatik Bombardier CITYFLO 650.

Laluan ini mula dibina pada November 2005 dan ujian kereta api yang dikendalikan oleh syarikat pengendalian bermula pada November 2009. Mengikut rancangan asal, perkhidmatan ini dibuka pada 16 April 2011. Disebabkan oleh masalah berkaitan aduan bunyi bising dan keselamatan pada kemudahan kereta api di beberapa bahagian laluan serta konflik di antara syarikat pembinaan dan pengendali akhir pihak Bandaraya Yongin, tarikh pembukaan terpaksa ditunda sehinggalah ia dibuka secara rasmi pada 26 April 2013 melalui mahkamah timbang tara.

Pada peta, gambar rajah dan papan tanda, aliran EverLine ditunjukkan dengan warna hijau (    ) dan stesen-stesennya ditandakan dengan nombor beserta huruf "Y" (Simbol aliran EverLine).