Estrella (album 2007)

Estrella
Album studio oleh
Dilancarkan pada28 Disember 2007 (2007-12-28)
Dirakamkan pada2006-2007
StudioGreenhouse Studio
GenreJazz, R&B, Bossanova
Panjang31:30
SyarikatLaguna Music
PenerbitJeffrey Little
Single daripada Estrella
  1. "Ternyata"
    Dikeluarkan: Januari 2008
  2. "Stay"
    Dikeluarkan: September 2008
  3. "Take it Slow"
    Dikeluarkan: Februari 2009
sunting · sunting di Wikidata

Estrella merupakan album studio eponim oleh kumpulan muzik jazz Malaysia, Estrella yang dikeluarkan pada 28 Disember 2007 oleh Laguna Music. Antara lagu popular album ini ialah "Stay", "Ternyata" dan "Take it Slow". Ia merupakan satu-satunya album yang dikeluarkan oleh Estrella dan juga merupakan album pertama terbitan Laguna Music selepas menamatkan perjanjian pengedaran dengan Universal Music Malaysia. Album ini diedarkan oleh syarikat Jepun, Production Dessinee.