Laguna Music
| Laguna Music | |
|---|---|
| Diasaskan | 2002 |
| Pengasas | |
| Status | Aktif |
| Genre | Pelbagai |
| Negara asal | Malaysia |
| Lokasi | Ampang, Selangor |
| Tapak web rasmi | www |
Laguna Music (dahulu dikenali sebagai Laguna Records) ialah syarikat rakaman Malaysia yang diasaskan pada 2002 oleh adik-beradik Jeffrey dan Jeremy Little yang juga ahli kumpulan Prana. Ia juga memiliki studio rakaman yang diberi nama Greenhouse Studio. Antara artis terkenal Laguna ialah Prana, Seven Collar T-Shirt, Estrella, Pure Vibracion, dan Guba Rawantas. Selain menerbitkan album artis naungannya, Laguna turut aktif mengedarkan album penyanyi lain.
Syarikat rakaman ini juga pernah bekerjasama dengan rangkaian kedai serbaneka, 7-Eleven di mana album terbitan Laguna dijual di kedai 7-Eleven seluruh negara. Ia merupakan ahli Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM), sebuah pertubuhan bukan berasaskan keuntungan yang mewakili pengedaran dan penerbitan rakaman muzik di Malaysia.