Erick Thohir

Erick Thohir Manurung
Menteri Syarikat Milik Negara ke-9
Menyandang jawatan
23 Oktober 2019
PresidenJoko Widodo
Naib PresidenMa'ruf Amin
Didahului olehRini Soemarno
Maklumat peribadi
Lahir (1970-05-30) 30 Mei 1970
Lampung, Indonesia
KewarganegaraanIndonesia
KediamanJakarta, Indonesia
Tempat belajarKolej Komuniti Glendale (BA)


Universiti Kebangsaan, California (MBA)
PekerjaanAhli perniagaan, usahawan
Dikenali denganNaib Presiden Pesuruhjaya Mahaka Media
Bekas pemilik Inter Milan
Pemilik Persib Bandung
Bekas pemilik D.C. United
Ketua Pengarah Visi Media Asia
Presiden INASGOC
Ketua Pengarah antv
Pengarah Oxford United
Pemilik Badak Lampung FC
Pemilik Persis Solo


Erick Thohir, BA., MBA. (lahir 30 Mei 1970) ialah seorang usahawan Indonesia yang dilantik sebagai Menteri Syarikat Milik Negara (Indonesia: Badan Usaha Milik Negara; BUMN) gantikan Rini Soemarno di Kabinet Indonesia Maju kerajaan Presiden Joko Widodo dan Naib Presiden Ma'ruf Amin yang bertugas sejak 23 Oktober 2019.[1] Lain daripada itu, Erick ialah peneraju Mahaka Group yang merupakan syarikat induk daripada syarikat yang memfokuskan perniagaan media dan hiburan. Pelbagai unit perniagaan Mahaka, seperti penyiaran (PT Mahaka Radio Integra Tbk), stesen televisyen (Jak TV), media luaran (Iklan Mahaka), media cetak (Harian Republika, Golf Digest), memesan dan menjual tiket digital (Rajakarcis.com), dan pelbagai syarikat lain yang terlibat dalam perniagaan sukan dan hiburan.

Semasa Pilihan raya umum Presiden Indonesia 2019, Erick menjadi Pengerusi Tim Kempen Nasional (TKN) Jokowi-Ma'ruf.