Erich Hoepner
| Erich Hoepner | |
|---|---|
Hoepner pada Oktober 1939 | |
| Kelahiran | 14 September 1886 Frankfurt an der Oder |
| Meninggal dunia | 8 Ogos 1944 (umur 57) Penjara Plötzensee |
| Kesetiaan | Empayar Jerman Republik Weimar Jerman Nazi |
| Perkhidmatan | Tentera Darat |
| Tahun perkhidmatan | 1905–42 |
| Pangkat | Generaloberst |
| Unit | Kavalri |
| Arahan | Kor XVI Kumpulan Panzer Ke-4 |
| Pertempuran | Perang Dunia I
|
| Anugerah | Knight Cross of the Iron Cross |
Erich Hoepner (14 September 1886 – 8 Ogos 1944) adalah seorang panglima perang Jerman semasa Perang Dunia II. Merupakan pendukung awal peperangan berperisai dan mekanisasi, beliau menjadi panglima kor Wehrmacht pada permulaan perang, dengan berjaya memimpin pasukannya dalam pencerobohan Poland dan pertempuran Perancis.
Selaku Panglima Kumpulan Panzer Ke-4 di Barisan Timur semasa Operasi Barbarossa, iaitu pencerobohan ke atas Soviet Union, Hoepner meneruskan dasar bumi hangus, bekerja rapat dengan Einsatzgruppen dan melaksanakan Perintah Komisar. Kumpulan Panzernya, bersama dengan Kumpulan Panzer Ke-3, memimpin kemaraan ke Moscow dalam Operasi Typhoon, iaitu percubaan gagal untuk menawan ibukota Soviet.
Dipecat dari Wehrmacht selepas kegagalan kempen 1941, Hoepner berjaya membuat tuntutan mahkamah untuk mengembalikan hak pencennya. Beliau telah terlibat dalam Plot 20 Julai yang gagal terhadap Adolf Hitler dan telah dihukum mati pada Ogos 1944.