Epilog (album)

Epilog
Album studio oleh
Dilancarkan pada25 Ogos 1997
Dirakamkan padaJanuari - Julai 1997
StudioPRO Recording Studio
GenrePop Akustik
Panjang50:51
BahasaBahasa Melayu
SyarikatSuria Records
Penerbit
Kronologi Liza Hanim
- Epilog
(1997)
Dimana Kan Ku Cari Ganti
(1998)
Single daripada Epilog
  1. "Getaran Cinta Dijiwa"
    Dikeluarkan: 20 Ogos 1997
  2. "Siapa Sangka Siapa Menduga"
    Dikeluarkan: 12 November 1997
  3. "Dunia Cinta"
    Dikeluarkan: 5 Februari 1998
  4. "Cintailah Aku Sepenuh Jiwa"
    Dikeluarkan: 22 April 1998
  5. "Nilai Cintamu"
    Dikeluarkan: 8 Jun 1998
sunting · sunting di Wikidata

Epilog ialah album studio sulung oleh penyanyi Malaysia, Liza Hanim. Ia dikeluarkan pada 25 Ogos 1997, oleh Suria Records. Kolabrasi penerbit yang ditampilkan termasuk Adnan Abu Hassan, Azmeer dan LY.

Lagu Getaran Cinta Di Jiwa yang merupakan single pertama album ini pernah mencipta rekod sebagai lagu paling lama berada di dalam carta Muzik Muzik TV3 iaitu 56 minggu. Lagu ini juga melonjakkan nama Liza Hanim di persada seni sekaligus mara ke Juara Lagu 1998 bagi kategori Balada. Lagu-lagu lain yang popular adalah Siapa Sangka Siapa Menduga yang sering diputarkan di Radio Ria Singapura, Cintailah Aku Sepenuh Jiwa juga sering dimainkan di Radio RFM ketika itu dan Dunia Cinta di Radio Muzik.

Lagu Menanti Kehadiran merupakan percubaan 2By2 setelah kejayaan mereka bersama Siti Nurhaliza menerusi lagu Mawarku, Tiga Malam & Gubahanku. Manakala lagu Jeritan Batinku merupakan cubaan Liza Hanim menyanyikan semula lagu nyanyian P. Ramlee dan hasilnya, album kedua Liza Hanim yang juga album tribute kepada P. Ramlee & Saloma, Di Mana 'Kan Ku Cari Ganti dipasarkan pada tahun 1998. Kesimpulannya, album Epilog adalah album terbaik yang pernah dirakamkan oleh Liza Hanim.