Eosinofil

Eosinofil
Gambaran 3D eosinofil
Eosinofil di bawah mikroskop (400x) dengan sel darah merah di sekeliling eosinofil serta dua platelet di hujung atas kiri.
Butiran
SistemSistem imun
Pengenalpastian
MeSHD004804
THH2.00.04.1.02017
FMAFMA:62861
Istilah anatomi mikroanatomi

Eosinofil atau asidofil merupakan sejenis sel darah putih serta sel imun yang bertanggungjawab melawan parasit multisel serta beberapa jangkitan di vertebrata. Selain itu, eosinofil turut bertanggungjawab mengawal mekanisma alahan serta asma bersama basofil dan sel masta. Eosinofil dihasilkan di sumsum tulang sebelum dihantar ke darah, di mana eosinofil dibezakan secara kekal dan tidak boleh menjalani pembahagian.

Eosinofil merangkumi satu dari tiga peratus daripada sel-sel darah putih dan bersaiz 12 hingga 17 mikrometer dengan nukleus dwilobus.