Basofil
| Basofil | |
|---|---|
Gambaran 3D basofil | |
Sel basofil di tengah-tengah kumpulan sel darah merah. | |
| Butiran | |
| Sistem | Sistem imun |
| Pengenalpastian | |
| MeSH | D001491 |
| TH | H2.00.04.1.02022 |
| FMA | FMA:62862 |
| Istilah anatomi mikroanatomi | |
Basofil merupakan sejenis sel darah putih dan merupakan jenis granulosit dengan bilangan yang paling sedikit, yakni merangkumi kira-kira 0.5 hingga 1% daripada jumlah sel darah putih. Sel ini merupakan sel darah putih yang terbesar.
Basofil bertanggungjawab terhadap tindak balas keradangan dalam tindak balas keimunan dan bertanggungjawab terhadap penyakit-penyakit alahan seperti asma dan anafilaksis. Sel-sel ini menghasilkan serotonin yang menghasilkan keradangan dan heparin yang menghalang pembekuan darah.