Cegar (burung)

Cegar
Cegar kecil (Enicurus scouleri)
Pengelasan saintifik
Domain: Eukaryota
Alam: Haiwan
Filum: Chordata
Kelas: Aves
Order: Passeriformes
Keluarga: Muscicapidae
Subkeluarga: Saxicolinae
Genus: Enicurus
Temminck, 1822
Spesies

Lihat teks

Cegar ialah burung insektivor kecil dalam genus Enicurus. Ia dahulunya dalam keluarga murai batu, Turdidae, tetapi kini dianggap sebagai sebahagian daripada keluarga sambar Dunia Lama, Muscicapidae.

Cegar ialah spesies burung dari hutan Asia Tenggara yang terutamanya dikaitkan dengan hutan gunung dan sungai. Kebanyakannya bersarang di celah-celah batu, bertelur 2–4 biji sekali.