Enema

Enema adalah suntikan cecair ke dalam usus besar melalui rektum dengan suatu alat khas yang turut dinamakan sedemikian. Ia kerap digunakan dalam bidang perubatan untuk situasi tertentu termasuk pelegaan sembelit dan pembersihan usus sebelum pemeriksaan atau prosedur perubatan; perawatan cirit-birit, memasukkan makanan, air atau ubat merangsang sistem umum secara setempat, pengurangan suhu dan sebagainya.