Enamel gigi
Enamel gigi adalah lapisan luar gigi yang boleh dilihat dari permukaan. Lapisan ini mengandungi 5% air dan 95% zat bukan organik hidroksil apalit (sebatian/senyawa kalsium fosfat) dan zat organik (protein dan mukopolisakarida). Enamel bahan semulajadi terkuat dalam tubuh manusia di tangga ke-5 skala Mohs antara keras besi dan titanium serta daya kaku sebanyak 83 GPa lebih kuat daripada tulang. Akan tetapi, enamel mudah terdedah kepada asid rembesan bakteria dalam mulut mencerna sisa gula makanan yang melarutkan enamel hingga rosak.