Emelda Rosemila
Emelda Rosemila | |
|---|---|
| Kelahiran | Emelda Rosmila binti Abdul Hamid 14 Mac 1980 |
| Pendidikan | Ijazah Komunikasi dan Senireka Grafik |
| Pusat pendidikan | Universiti Utara Malaysia (UUM) |
| Pekerjaan | Pelakon, model, penerbit |
| Tahun aktif | 2000–kini |
| Pasangan | Adlin Aman Ramlie (k. 2009) |
| Anak-anak | 1 |
| Saudara | Emylia Rosnaida (kakak) |
Emelda Rosmila Abdul Hamid (lahir 14 Mac 1980) merupakan seorang pelakon, model dan penerbit wanita Malaysia dan adik kepada bekas pelakon, Emylia Rosnaida. Beliau terkenal dengan peranan televisyen termasuk Manjalara (2007), Kekasihku Seru (2008), Ampunkan Dosaku (2012) dan Cinta Tiada Ganti (2018). Beliau merupakan pengasas jenama fesyen miliknya, Emeldarose.