Elliot Page

Ellen Page
Elliot Page ketika 2023
Kelahiran
Ellen Grace Philpotts-Page

(1987-02-21) 21 Februari 1987
PekerjaanPelakon
Tahun aktif1997–kini

Ellen Grace Philpotts-Page; dilahirkan pada 21 Februari 1987)Ellen Page merupakan seorang pelakon Kanada. Beliau memulakan kerjaya awalnya di Kanada dengan membintangi beberapa siri televisyen seperti Pit Pony, Trailer Park Boys, dan ReGenesis. Beliau kemudiannya menceburi bidang lakonan filem perdana dan berjaya mencuri tumpuan selepas membintangi filem drama tahun 2005 Hard Candy. Untuk watak tersebut, beliau berjaya memenangi Anugerah Persatuan Pengkrititk Filem Austin untuk Aktres Terbaik. Dalam memegang watak utama filem Juno (2007, diarah oleh Jason Reitman), beliau telah berjaya menerima pencalonan aktres terbaik untuk Anugerah Akademi, BAFTA, Golden Globe dan Anugerah Screen Actors Guild serta memenangi anugerah-anugerah lain menerusi Anugerah Independent Spirit, Anugerah Filem MTV dan Anugerah Teen Choice untuk Aktres Terbaik dalam Komedi.

Watak terkenal yang pernah dipegang oleh Page ialah Katherine "Kitty" Pryde dalam filem adaptasi komik popular Amerika Syarikat X-Men: The Last Stand (2006) dan X-Men: Days of Future Past (2014). Persembahan beliau di dalam filem tersebut telah menerima pencalonan untuk Anugerah Teen Choice Movie Scene Stealer. Watak-watak lain termasuklah An American Crime (2007), The Tracey Fragments (2007), di mana Page berjaya memenangi Anugerah Filem Pengkritik Vancouver untuk pelakon wanita terbaik), Smart People (2008), Whip It (2009), Super (2010) dan Inception (2010). Beliau juga merupakan pengalih suara, pelakon gerak dan model untuk karakter Jodie Holmes di dalam permainan video: Beyond: Two Souls (2013).