Halifax, Nova Scotia
Halifax (nama penuh: Halifax Regional Municipality) ialah ibu negeri wilayah Nova Scotia di bahagian timur laut Kanada. Penduduknya berjumlah 390,096 orang (bancian 2011), yang mana 297,943 orang ialah dalam kawasan metropolitan.. Halifax ialah bandar terbesar di Kanada Atlantik.
Bandar ini merupakan pusat ekonomi utama di timur Kanada dengan penumpuan agensi kerajaan dan syarikat swasta.