Elite (kumpulan)
Elite merupakan sebuah kumpulan penyanyi wanita Malaysia yang ditubuhkan oleh KRU Records pada tahun 1995. Kumpulan ini terdiri daripada lima orang ahli: Abby Abadi, Azza Zawari, Linda Rafar, Sasha Saidin, dan Watie Sadali. Diiktiraf sebagai kumpulan penyanyi wanita yang paling lama bertahan di Malaysia, mereka telah menjual lebih daripada 100,000 unit album sepanjang 10 tahun aktif dalam industri muzik tanah air.
Elite | |
|---|---|
Elite pada tahun 1996. Dari kiri ke kanan: Abby, Watie, Linda, Azza, Dan Sasha | |
| Maklumat latar belakang | |
| Asal | Malaysia |
| Genre |
|
| Alat muzik | Vokal |
| Tahun aktif | 1995–kini |
| Syarikat rakaman | KRU Records |
| Anggota semasa | Abby Abadi Azza Zawari Linda Rafar Sasha Saidin Watie Sadali |
| Bekas anggota | Fiza Halim Hana Adnan Sharifah Sofia Avaa Vanja |
| Pautan berkaitan | |
| Pautan lain | |
| sunting · sunting di Wikidata | |
Elite memulakan kerjaya seni mereka sebagai penyanyi gandingan KRU menerusi lagu “Diari Metropolitan” daripada album studio kelima mereka, Ooh! La! La! pada tahun 1996. Pada tahun yang sama, Elite melancarkan single “G.I.G”, “Manisnya Senyumanmu” dan “Di Pintu Syurga”, hasil kolaboratif kedua bersama KRU yang dimuatkan dalam album sulung mereka, Catwalk (1996). Dua tahun kemudian, mereka telah melancarkan album studio kedua berjudul Tamparan (1998) yang disokong lima buah single, termasuk “Trauma”, “Dua Hati” dan “Tamparan Wanita”. Tamparan merupakan album terakhir Elite sebagai kuintet dengan barisan ahli asal sebelum pengunduran Abby Abadi.
Idola (1999), album studio ketiga Elite, menampilkan vokal undangan daripada kumpulan X-Factor, serta Norman KRU dan Zam Indigo. Album ini merupakan keluaran terakhir mereka yang menampilkan vokal daripada Linda Rafar sebelum beliau digantikan oleh Fiza Halim. Pada tahun berikutnya, Elite kembali dengan album kompilasi Merbahaya (2000), yang menghimpunkan 14 buah lagu. Merbahaya merupakan album terakhir mereka sebelum kontrak bersama KRU Records tamat.
Perwatakan kumpulan ini yang disifatkan sebagai “ranggi dan lincah”, turut mempunyai pengaruh terhadap industri fesyen dan penggayaan golongan remaja pada akhir dekad 1990-an. Dalam haluan lain, Elite juga telah bekerjasama dengan kerajaan Malaysia bagi menggalakkan penyertaan masyarakat dalam kempen pembangunan wanita.