Elapidae

Elapidae
Ular tedung Mesir, Naja haje
Pengelasan saintifik
Alam:
Filum:
Subfilum:
Kelas:
Order:
Suborder:
Infraorder:
Keluarga:
Elapidae

F. Boie, 1827
Subkeluarga:
Elapinae
Hydrophiinae
Laticaudinae

Elapidae (Yunani ἔλλοψ éllops, "ikan laut") ialah satu famili ular berbisa yang ditemui di kawasan-kawasan tropika dan subtropika di seluruh dunia, iaitu di daratan-daratan Asia, Australia, Afrika, Amerika Utara dan Amerika Selatan, dan di perairan Lautan Pasifik dan Lautan Hindi.

Ular-ular elapid terdiri daripada pelbagai saiz, baik spesies Drysdalia yang 18cm mahupun ular tedung selar 5.6m. Kesemua elapid bercirikan siung terikat yang beralur untuk menyuntikkan bisa. Kini telah dikenalpastinya 325 spesies dalam 61 genus.