Eksanguinasi
Eksanguinasi juga pengeksanguinatan merupakan kehilangan darah atau pengeluaran darah secara berlebihan sama ada disebabkan oleh pendarahan luar atau dalam sehingga menyebabkan kematian. Orang boleh mati akibat kehilangan separuh hingga dua pertiga daripada darah mereka. Rata-rata orang dewasa mempunyai sekitar 4 hingga 6 liter darah (9 hingga 12 liter AS) di dalam badan mereka. Rata-rata lelaki mempunyai lebih banyak darah daripada wanita biasa, dan orang yang mempunyai jisim badan atau ketinggian lebih tinggi daripada yang lain mempunyai lebih banyak darah. Kanak-kanak dan bayi mempunyai darah yang jauh lebih sedikit daripada orang dewasa, dan boleh eksangiunasi dengan kehilangan darah lebih sedikit daripada orang dewasa.