Edika Yusof

Edika Yusof
Kelahiran
Mohd Yusof bin Abd Majid

(1967-04-22) 22 April 1967
PendidikanSijil Pelajaran Malaysia (SPM)
PekerjaanPelakon, model
Tahun aktif1983–1997
2017–kini
PasanganNorhidayah Yusri (k. 2003)
Anak-anak3

Mohd Yusof Abd Majid (lahir 22 April 1967) yang lebih dikenali sebagai Edika Yusof merupakan seorang pelakon lelaki Malaysia. Beliau mencipta nama sebagai pelakon dan model iklan yang popular di era 90an. Meskipun kerap membawa watak anak orang kaya, bongkak tetapi sebenarnya beliau berasal dari keluarga biasa.