EA Sports FC 24

EA Sports FC 24
PembangunEA Vancouver
EA Romania
PenerbitEA Sports
SiriEA Sports FC
Enjin Frostbite 3
Pelantar
Dilancarkan pada29 September 2023
GenreBola sepak
ModPemain tunggalPermainan video berganda
Pautan luar
Tapak sesawangea.com…
Pautan lain
sunting · sunting di Wikidata

EA Sports FC 24 ialah permainan video simulasi bertemakan bola sepak yang dibangunkan oleh EA Vancouver dan EA Romania dan diterbitkan oleh EA Sports. Ia merupakan permainan video sulung dalam siri EA Sports FC, menggantikan siri permainan video FIFA selepas perkongsian Electronic Arts dengan FIFA berakhir pada FIFA 23. EA Sports FC 24 ialah permainan simulasi bola sepak EA Sports yang ke-31, dan telah dikeluarkan pada 29 September 2023 untuk Nintendo Switch, PlayStation 4, PlayStation 5, Windows, Xbox One dan Xbox Series X/S.