E-sukan di Sukan Asia Tenggara 2019
| E-sukan di Sukan Asia Tenggara 2019 | |
|---|---|
| Tempat | Pusat Filoil Flying V |
| Lokasi | San Juan, Metro Manila, Filipina |
| Tarikh | 5–10 Disember |
E-sukan di Sukan Asia Tenggara 2019 di Filipina telah diadakan di Pusat Filoil Flying V di San Juan, Metro Manila dari 5 hingga 10 Disember 2019. Ia merupakan pertandingan e-sukan pertama sebagai acara pingat dalam pertandingan pelbagai sukan yang dibenarkan oleh Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa selepas disiplin itu ditampilkan sebagai sukan demonstrasi di Sukan Asia 2018 di Jakarta, Indonesia.
Enam pingat dipertandingkan dalam sukan esport manakala acara demonstrasi tunggal turut diadakan. Permainan ini telah mendapat akreditasi oleh Persekutuan Sukan Elektronik Asia.