Dungun (pokok)

Dungun
Pengelasan saintifik
Alam:
(tanpa pangkat):
(tanpa pangkat):
(tanpa pangkat):
Order:
Keluarga:
Malvaceae
Genus:
Heritiera
Spesies:
H. littoralis
Nama binomial
Heritiera littoralis
Dryand., Aiton

Dungun, dungun kecil, dungun laut (Sabah), atung laut (Malu.), bayur laut, bebekan, lawang (Tern.) adalah sejenis tumbuhan yang terdapat di hutan Malaysia. Nama saintifiknya Heritiera littoralis Dryand. Nama bandar Dungun di Terengganu dipercayai diambil sempena nama pokok dungun.

Dungun seturunan dungon (Aceh), dungu, dunguno (Sulut), rumung (Sulsel); longon (Md.); rorumu (Galela, Tobelo); rurun, lulun (Ambon) dari cabang Barat akar Proto-Melayu-Polinesia *duŋun. Nama-nama setempat rantau Nusantara lain antaranya:

  • cĕrlang laut (Sd.);
  • lawang, balang pasir (Jw.);
  • lawanan kĕtè, lawanan rintĕk (Sulut);
  • leligen (Weda, Halmahera);
  • kabi ma gosi (Ternate);
  • kabi ma hoso (Tidore);
  • bèlohila, blakangabu (Timor);
  • genura (Alor).