DuckTales (siri TV 2017)

DuckTales
GenreKomedi-Pengembaraan
Berdasarkan daripada
  • Uncle Scrooge oleh
    Carl Barks
  • DuckTales oleh
    Jymn Magon
Dibangunkan oleh
  • Matt Youngberg
  • Francisco Angones
Pelakon suara
Penggubah lagu tema
Mark Mueller
Lagu pembukaan"DuckTales"
oleh Felicia Barton
PenggubahDominic Lewis
Negara asalAmerika Syarikat
BahasaInggeris
Bilangan musim3
Bilangan episod65
Penerbitan
Penerbit eksekutifMatt Youngberg
Penyunting
  • Jasmine Bocz
  • Jon Price
Tempoh siaran22 minit
44 minit (episod 1–2 dan 24–25)
Syarikat penerbitan
Disney Television Animation
Penyiaran
Saluran asalDisney XD (2017)
Disney Channel (2018–sekarang)
Siaran asal12 Ogos 2017 (2017-08-12) – sekarang (sekarang)
Pautan luar
Laman sesawang

DuckTales ialah sebuah siri animasi televisyen Amerika Syarikat yang dikembangkan oleh Matt Youngberg dan Francisco Angones pada asalnya untuk Disney XD, dan kemudian pula untuk Disney Channel. Siri ini yang diterbitkan oleh Disney Television Animation merupakan reboot bagi siri 1987 yang asli yang senama. DuckTales diumumkan secara rasmi pada Februari 2015 dan ditayangkan pertama kali pada 12 Ogos 2017 dengan tayangan khas 44 minit yang berjudulkan "Woo-oo!". Musim pertama, yang bersambung pada 23 September 2017 terdiri daripada 21 lagi episod dua puluh dua minit dan sebuah tayangan khas penamat musim 44 minit. Sebelum siri ini dikeluarkan, pembaharuan untuk musim kedua dilakukan pada 2 Mac 2017.

Musim kedua ditayangkan pertama kali pada 20 Oktober 2018. Pada 21 September 2018, DuckTales diperbaharu untuk musim ketiga.