Dua Lipa

Dua Lipa
Lipa pada 2024
Kelahiran (1995-08-22) 22 Ogos 1995
Pekerjaan
  • Penyanyi
  • Penulis lagu
Tahun aktif2014–kini
Kerjaya muzik
Genre
Alat muzikVokal
Diskografi
Syarikat rakaman
  • Warner Bros.
  • Vertigo

Dua Lipa (/ˈdə ˈlpə/; lahir 22 Ogos 1995) merupakan seorang penyanyi dan penulis lagu British. Selepas menandatangani kontrak bersama Warner Music Group pada 2015, beliau mengeluarkan single pertamanya "New Love".

Album studio sulung senama beliau menggunakan namanya sebagai judul album dikeluarkan pada 2 Jun 2017. Album ini telah menghasilkan tujuh single, termasuk dua single UK 10 teratas "Be the One" dan "IDGAF" dan single Inggeris nombor satu "New Rules" yang juga mencapai angka enam di Amerika Syarikat. Pada Februari 2018, Lipa memenangi dua Anugerah Brit untuk Artis Solo Wanita British dan British Breakthrough Act.

Pada April 2018, single "One Kiss" oleh Lipa dan Calvin Harris mencapai nombor satu di UK Singles Chart. Pada Februari 2019, pada Anugerah Grammy Tahunan ke-61, Lipa memenangi Artis Baru Terbaik dan Rakaman Tarian Terbaik untuk lagu "Electric", kerjasama dengan duo British-Amerika Silk City.