Drake

Drake
Drake pada 2011
Kelahiran
Aubrey Drake Graham

(1986-10-24) 24 Oktober 1986
Toronto, Ontario, Kanada
Nama lain
  • Drizzy
  • Champagne Papi
Kerakyatan
  • Kanada
  • Amerika Syarikat
Pekerjaan
  • Rapper
  • penyanyi
  • penulis lagu
  • penerbit rakaman
  • pelakon
  • ahli perniagaan
Tahun aktif2001–kini
Nilai bersihAS$150 juta (2019) (anggaran)
SaudaraLarry Graham (bapa saudara)
Teenie Hodges (bapa saudara)
Kerjaya muzik
Genre
Alat muzikSuara
DiskografiLihat: Drake discography (en)
Syarikat rakaman
  • Republic
  • OVO Sound
  • Universal Motown
  • Young Money
  • Cash Money
Kegiatan berkaitan
Laman web rasmidrakeofficial.com

Aubrey Drake Graham (lahir 24 Oktober 1986) atau nama pentasnya Drake [dréik] ialah seorang penyanyi rap, penulis lagu, penerbit, pelakon, dan ahli perniagaan Kanada. Drake pada mulanya mendapat pengiktirafan sebagai pelakon dalam siri televisyen drama remaja Degrassi: The Next Generation pada tahun 2000-an; berhasrat untuk mengejar kerjaya dalam muzik, beliau meninggalkan siri itu pada 2007 selepas melancarkan pita campuran sulungnya Room for Improvement. Beliau melancarkan dua lagi projek bebas, Comeback Season dan So Far Gone sebelum menandatangani Young Money Entertainment pada Jun 2009.

Beliau berpencapaian tinggi di carta Billboard di mana beluau memiliki lagu yang paling banyak menduduki carta lagu (186) antara artis lainnya dalam sejarah Billboard Hot 100. Beliau juga memiliki single nombor satu di Hot Rap Songs, Hot R&B/Hip-Hop Airplay dan Rhythmic Charts. Drake juga memenangi tiga Anugerah Juno, enam Anugerah Muzik Amerika, tiga belas Anugerah Muzik Billboard, dan merupakan artis dengan single digital berpensijilan tertinggi oleh RIAA, dengan 142 juta unit. Beliau ialah salah seorang rapper terlaris di abad ke-21, dengan lebih dari 10 juta penjualan album dan 86 juta penjualan single secara global.

Beliau turut menubuhkan label rakaman sendiri iaitu OVO Sound dengan rakan sebidangnya 40 serta melancarkan busana fesyen dan program radio Beats 1 Radio "OwO".