Dragon

Dragon
PengarahAshwath Marimuthu
Lakon layarAshwath Marimuthu
Cerita olehAshwath Marimuthu
Pradeep Ranganathan
Dihasilkan olehKalpathi S. Aghoram
Kalpathi S. Ganesh
Kalpathi S. Suresh
Dibintangi
SinematografiNiketh Bommireddy
Disunting olehPradeep E. Ragav
Muzik olehLeon James
Syarikat
penerbitan
Tarikh tayangan
  • 21 Februari 2025 (2025-02-21)
Masa tayangan
155 minit
NegaraIndia
BahasaTamil
Bajet37 crore

Dragon (Tamil: டிராகன்)ialah filem drama komedi kedewasaan berbahasa Tamil tahun 2025 dari India. Filem ini ditulis dan diarahkan oleh Ashwath Marimuthu serta diterbitkan oleh AGS Entertainment. Filem ini menampilkan Pradeep dalam watak utama, bersama Anupama Parameswaran dan Kayadu Lohar, serta George Maryan, Indumathy Manikandan, K. S. Ravikumar, Gautham Vasudev Menon, Mysskin, VJ Siddhu, dan Harshath Khan. Dalam filem ini, seorang pelajar yang berhenti kolej secara menipu memporeleh pekerjaan bergaji tinggi, tetapi terpaksa menerima cabaran besar untuk mengelakkan dirinya terbongkar.

Dragon ditayangkan di pawagam seluruh dunia pada 21 Februari 2025. Filem ini menerima pujian kritikal yang meluas, terutamanya terhadap lakonan dan jalan cerita ynag menarik. Dengan kutipan melebihi US$18 Juta, ia muncul sebagai salah satu filem Tamil dengan kutipan tertinggi pada tahun 2025.