Donburi
Donburi (丼, donburi, don) adalah makanan Jepun yang berupa nasi putih dengan pelbagai jenis lauk di atasnya seperti ikan, daging dan sayur-sayuran berkuah yang dihidangkan di dalam mangkuk besar yang juga disebut donburi. Kuah untuk donburi bergantung pada jenis makanan, tapi secara umumnya berupa dashi dicampur kicap dan mirin.