Dolla

DOLLA
AsalKuala Lumpur, Malaysia
WarganegaraMalaysia
Genre
Tahun aktif2019–kini
Syarikat rakaman
Kegiatan berkaitan
Anggota semasa
Bekas anggota
Pautan berkaitan
Pautan lain
sunting · sunting di Wikidata

DOLLA (digayakan dalam huruf besar) merupakan kumpulan wanita Malaysia yang ditubuhkan pada 2019. Ahli kumpulan ini terdiri daripada Sabronzo, Tabby, Angel, dan Duerra Mitilda. Syasya merupakan ahli asal kumpulan ini sehingga April 2024 apabila beliau meninggalkan Dolla atas sebab-sebab peribadi. Dolla terkenal menerusi elemen vokal dan tarian dalam setiap persembahan. Mereka mengikat kontrak bersama Universal Music Malaysia dan mula meraih kejayaan komersial bersama single sulung mereka bertajuk "Dolla Make You Wanna" yang dikeluarkan pada 20 Mac 2020.

Sejak itu, Dolla mula mendapat perhatian meluas dalam pelbagai rancangan televisyen dan stesen radio tempatan serta liputan media massa. Bakat tarian dan alunan suara yang bertenaga menjadikan kumpulan ini mendapat perhatian dalam tempoh yang singkat. iDolla, nama bagi fandom kumpulan ini, telah diwujudkan melalui perbincangan mereka bersama peminat dan telah diumumkan ketika Live Fan Meeting yang hanya diadakan di YouTube.