Doge (meme)
Doge (kerap disebut [ˈdod͡ʒ] atau [ˈdoɡ]) ialah satu meme Internet yang menjadi popular pada 2013. Meme ini biasanya terdiri daripada satu gambar seekor shiba inu ditemani oleh teks berbilang warna dalam fon Comic Sans MS di latar hadapan. Teksnya, mewakili sejenis monolog dalaman, sengaja ditulis dalam suatu bentuk bahasa Inggeris rosak.