Dodol

Dodol
Dodol yang dibungkus dalam bentuk tiga segi
Nama alternatifJawi: دودول
Melayu: Gelamai
JenisManisan/Makanan Ringan/Snek
Tempat asalIndonesia
Kawasan/rantauAsia Tenggara
Masakan berkaitanMalaysia, Brunei Darussalam , Singapura, Filipina dan Sri Lanka
Bahan utamaSantan 
Bahan yang biasa digunakanPulut, Gula perang, santan, gula, garam, Pandan wangi 
sunting · sunting di Wikidata

Dodol atau disebut juga Gelamai dalam beberapa dialek Melayu ialah sejenis makanan yang boleh dikategorikan dalam kumpulan makanan yang manis (atau manisan/penganan). Dodol bagi masyarakat Melayu sangat terkenal di Sumatra dan Semenanjung Malaya. Membuat dodol boleh dikatakan amat rumit. Ramai orang selalu mencuba untuk membuatnya tetapi tidak semua yang akan menghasilkan dodol yang bermutu tinggi. Biasanya mereka yang mahir membuat dodol ini terdiri daripada mereka yang telah berusia. Jarang sekali generasi muda mahir membuat dodol. Bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat dodol terdiri daripada santan kelapa, tepung beras, gula pasir, nisan/gula Melaka dan garam., Istilah perkataan dodol, ada tercatat dalam kamus tahun 1852 yang berjudul "A grammar and dictionary of the Malay language: with a preliminary.", Jilid 2, oleh John Crawfurd, dan menurut kamus tersebut, perkataan "confectionery" memberi erti pada kata manisan atau dodol

Dodol merupakan suatu makanan manisan yang amat terkenal dan digemari di Malaysia, Singapura, Indonesia, Filipina, dan Sri Lanka. Manakala di Filipina, khususnya dodol ini terkenal adalah di wilayah Ilocos, Luzon dan di bahagian Lanao, Mindanao serta di India khususnya pada wilayah Goa.

Pada asasnya, manisan dodol ini diperbuat daripada perahan susu dari buah kelapa tua, jageri (gula batu merah yang diperbuat daripada ekstrak tebu atau gula Melaka) serta tepung beras ataupun tepung pulut. Semua ramuan ini akan diadunkan melalui kaedah kacauan yang berlangsung berterusan selama lebih kurang 3 hingga 4 jam pada suhu tinggi untuk masakan yang sesuai. Hasilnya, fizikal dan rasa dodol akan berubah menjadi melekit, pekat dan manis. Di kebanyakan negara Asean, dodol telah menjadi bahan santapan khususnya pada hari perayaan Hari Raya Aidilfitri and Hari Raya Haji. Terdapat banyak versi dodol yang berlainan sama ada dari segi warnanya yang kebanyakannya berwarna perang gelap, hijau dan kuning ataupun dari segi lain. Rasa dodol juga turut dipelbagaikan, namun versi rasanya yang selalu dinikmati adalah dalam keadaan rasa durian, kelapa dan pisang.