Divina Commedia

Divina Commedia
Halaman pertama edisi 1555 yang memaparkan tajuk terkini karya ini
Umum
PengarangDante Alighieri
Tajuk asal
Comedia
Bahasabahasa Itali loghat Toscana
Genrepuisi naratif, agama Kristian
Tarikh penerbitan
1320

Divina Commedia ("Komedi Ketuhanan") ialah sebuah puisi naratif dikarang Dante Alighieri dari sekitar 1308 hingga setahun sebelum kematian beliau pada 1320. Puisi ini menggambarkan bayangan si pengarang terhadap alam kiamat sepertimana yang diketahui dalam anutan Kristian mazhab Gereja Katolik Rom pada abad ke-14, di mana sang pengarang menjelajah merentasi Neraka, Penyuci (purgatorium) dan Syurga, hal ini merupakan kiasan kepada perjalanan roh manusia berjumpa Tuhan. Watak melambangkan diri ini diiringi seberapa tokoh utama dalam perjalanannya iaitu Virgil yang memandu akal, Beatrice Portinari yang membawa pengetahuan segala-galanya dan keimanan serta Bernard de Clairvaux yang melambangkan ketaatan kepada "Bunda Tuhan".

Ia merupakan mahakarya Dante Alighieri di mana ia menonjolkan loghat bahasa di Toscana dipakai dalam penulisan beliau sebagai piawai bahasa Itali diterima seluruh rantau Itali. Malah, ia meruapakan antara karya-karya terunggul yang banyak mempengaruhi sastera dan pengkaryaan dunia secara umumnya.